Hits

..Welcome to my blog, enjoy reading =) ..


click here

Followers

All About Food

Author

My photo
I'm chocoholics.When I'm unhappy, I go for chocolates.

Recent Comments

nak hadiah boleh???

Author: _nissa_
Tuesday, January 26, 2010
tak dapat hadiah mahal2 pun xpa, aku x mintak lebih pun..

mintak siapa2 yang sudi jenguk blog aku ni (ada ke?? *perasan sajek*..uhukkk) tolong la daku..

klik saje iklan nuffnang kat tepi blog aku ni...

mudah saje..

x payah susah2 pegi kedai cari hadiah mahal2..hikhik...

klik la banyak2 kali pun, aku baru nak rasa nikmat nuffnang..(redakan sikit kekecewaanku..cewaahhh..)


nota kaki: lupa pulak bila aku start pakai nuffnang ni..x pernah2 celebrate kehadiran dia kt sini..sebabnya kecewa dia tak gerak2 pun..*sigh*


jemputan kawin..

Author: _nissa_
Sunday, January 17, 2010


ya akhirnya kad kawin tu selamat sampai ke tangan aku sendiri..hehe..

sebab tuan empunya badan yang bg kt tangan aku, bkn pada incik posmen..

tq buat kawan aku tu susah2 aje pegi mid semata2 nk bg kad (tq byk2 belanja..lain kali bolehla belanja lagi..hehe..).

aku akn cuba usahakan utk datang ke majlis dia nnt..

boleh ambik berkat pengantin..ahaks!


nota kaki: aku belum tua lg, muda remaja gitu..so, lambat lagi turn aku..hoho...


Friday, January 15, 2010

tengahari td, lepas adik aku balik dr tadikanya..

mak: aihh..tibe2 je gelap.gerhana da kot.matahari sakit..

adik: lepas tu die (matahari) x pegi hospital bumi ke?


aduhhhh..apela adik aku sorang nih..penat je bawak pegi petrosains hari tu..ok, 6 tahun.aku maafkan lg..

mak aku pulak x tahu gerhana akan berlaku dalam pukul berapa.jadi dia main agak je masa tu.dan dan je adik aku sampai rumah masa tu..hmm..HOSPITAL BUMI la dia gi bantai..

nota kaki: nampak gaya cam kena bawak adik2 aku pegi petrosains lagi..x puas katanya..yg penat, aku la jugak ke hulu ke hilir kejar diorang yg amat teruja nk try buat eksperimen.


entri ke-2 utk tahun ni

Author: _nissa_
Thursday, January 14, 2010
ya, memang ni entry ke-2 aku.lately memang aku jarang update blog..tp aku selalu jejak kasih kt blog orang lain.mood aku untuk update blog sendiri, kureng sikit..hehe..kekadang ada idea, tp terperap kt draft begitu sajek..

td sedang aku dok ber'fb', aku pn terjumpa la sikit info berguna yg aku rasa nk share ngan korang semua (mood fb tetiba datang secara drastik..siapa nk add, sila2..hehe..x pasal je aku promote ;p).

info tu pasal masa bila yg sesuai untuk minum air masak.diulangi, AIR MASAK.bukan air berkarbonat ke, air cincau ke apa.erkk..aku mengaku, aku jarang minum air masak dalam sehari..lepas ni, aku nak ubah la cara pemakanan aku semua tu (tambah lagi azam tahun baru aku..hehe..)ok, let's move on to the topic..

  1. minum 2 gelas air masak selepas bangkit dari tidur.dikatakan dapat membantu mengaktifkan organ dalaman..(kalau x silap aku, yg aku tahu minum lepas bangun tidur adalah salah satu petua untuk awet muda..amalan nabi kalau x silap..kalau aku salah, sila betulkan ye..)
  2. minum 1 gelas air masak sebelum mandi.sebabnya dapat melancarkan aliran darah kita & juga turunkan tekanan darah.
  3. minum 1 gelas air masak 30 minit sebelum makan.dikatakan dapat membantu penghadaman kita & jugak perut kita akan bersedia untuk terima segala makanan yg kita nk sumbat tu.
  4. minum 1 gelas air masak sebelum tidur.td selepas tidur, kali ni sebelum tidur pulak.sebab minum air masak sebelum tidur dapat mengelakkan terkena serangan jantung & juga strok masa kita tidur.

ok, tu saje info yg aku dapat td.sedikit sebanyak dapat jugakla tambah pengetahuan aku yg cetek ni.harap dapatla kita semua ikut tips & petua tu.masa lain pn boleh je minum air, xkanla nk minum time tu je kan.mane cukup jugak air dalam badan.betul x??


nota kaki : aku x tahu dah la nk buat ape lg bile masuk fb.sebab aku dah xnak main game kt situ.at last bosan jugak game tu.


monolog lagi...

Author: _nissa_
Wednesday, January 13, 2010

aku tidak berapa suka bila masuk tahun baru..

sebab musababnye, umur makin bertambah..

aihhh..ni yang aku paling tidak suka bila topup umur2 nih..

kan best kalau jadik budak2 kecik lagi..

enjoy je rasa..haha..

tidak payah susah2 pikir orang lain..

pikir kehendak diri sendiri je..

paling tidak suke bila orang tanya, BILA KO NAK KAWIN???

awal lagi beb..haha..(awal la kalau belum cecah 25 pada aku..hihi.)

aku mahu enjoy puas2 dulu..


oh ya, 1 of my besfren is getting married soon..

campur tolak bahagi darab punca kuasa 2 bagai tuh, lebih kurang 1bulan jek lagik..

tidak sabar aku nak gi majlis dia nanti..harap2 aku dapat pegi..aminnnn...

to her, i'm very happy for you dear..

tidak sangka relationship ko ngn dia akhirnya sampai jugak ke jinjang pelamin..

lepas ni, kalau aku sebut "memori daun pisang" lagi, agak2 ko marah x??haha..


nota kaki:nnt ko jgn lupa spray perfume byk2 kt kad kawin ko before bagi kt aku nnt..n tulis nama aku penuh2..(demand gila aku..ahah..)